Roxas - Kingdom Hearts Organization XIII (13) BicycLe KicKz: menghayati sejarah silam

epl

epl

Sunday 12 January 2014

menghayati sejarah silam


The Football Association of Malaysia


Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (sekarang Dato'), Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.

Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980. 


 Ketika inilah lahirnya legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang mempunyai rekod 125 gol daripada 167 penampilan antarabangsa.Mohktar atau nama gelarannya Supermokh mula mewakili negara pada Pestabola Merdeka tahun 1972 sebelum membuat penampilan terakhir ketika Malaysia menentang Korea Selatan pada saingan Pra Piala Dunia tahun 1985.
          Namun, bagi pasukan kebangsaan, rekod cemerlang terus dilakar apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, namun kerajaan Malaysia memboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan negara bagaimanapun tercemar pada tahun 1994 ekoran berlakunya skandal rasuah terbesar yang melibatkan ramai pemain utama selain pasukan gergasi negara.

Santokh Singh bersama 'kembar siam'nya Dato' Soh Chin Aun ketika zaman kegemilangan mereka dlm pasukan Malaysia.

aksi persahabatan antara pasukan selangor dan boca juniors (argentina) menunjukkan kualiti pemain Malaysia pada masa itu



Keputusan terbaik Malaysia dalam perlawanan persahabatan sepanjang zaman

Malaysia Malaysia 1-1 England England (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: mokhtar dahari)

Malaysia Malaysia 2-0 Arsenal  (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. PenjaringMokhtar Dahari)

Malaysia Malaysia 2-3 Manchester United (Tahun 2009, Kuala Lumpur, Malaysia.  PenjaringAmri Yahyah)

amri yahya melenyapkan pemain berstatus bintang dunia

 amri (kiri) membuktikan bahawa pemain Malaysia juga ada kualiti

MAS vs MAN UTD all goals


Malaysia Malaysia 1-0 Korea Selatan Korea Selatan (Tahun 2010, Kuala Lumpur, Malaysia. PenjaringSafiq Rahim)
 skuad korea selatan
 skuad harimau malaya
gol tunggal safiq rahim membuat korea selatan kagumi pemain Malaysia

sedutan dari aksi persahabatan

No comments:

Post a Comment